Aisar Khaled buat hal lagi! Kubur arwah masih merah dan tidak sampai 24 jam dikebumikan namun sudah ada individu yang didakwa tidak menjaga sensitiviti Allahyarhamah Siti Sarah. Instafamous , Aisar Khaled dikatakan sekali lagi mencetusan kontroversi selepas perkongsian videonya singgah ke pusara Siti Sarah mendapat kecaman hebat daripada warganet.
Intipati Video
Menerusi perkongsian video yang berdurasi 10 minit melalui saluran Youtube nya, Aisar yang ketika itu menaiki sebuah kereta menyatakan turut bersedih dengan pemergian arwah Siti Sarah.
Seperti yang sedia maklum, negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tiada aktiviti ziarah-menziarah kubur dibenarkan.
Difahamkan, ketika itu Aisar hanya berada di luar pintu pagar tanah perkuburan dan turut mengambil video dan gambar di kawasan sekitar. Ketika dalam perjalanan pulang, jejaka tinggi lampai ini sempat membuat sedikit ulasan mengenai pemergian arwah.
Susulan itu, pelbagai kecaman telah diberikan oleh netizen yang mengkritik nya termasuk mempersoalkan pemakaiannya yang dilihat seperti serba tidak kena sekaligus dikatakan tidak menghormati kawasan tanah perkuburan.
"Give Away? Kau Dah Kenapa!"
Dalam pada itu, netizen turut mempertikaikan mengenai ‘giveaway’ yang dianjurkan oleh Aisar. Pada penghujung video terselit;
“Siapa yang edit video paling cantik bakal memenangi hadiah wang tunai bernilai RM100”
erbuatan yang dilihat tidak sensitif itu mendapat kecaman teruk dari netizen. Bahkan seperti ‘menangguk di air yang keruh’ dimana bertujuan untuk mengaut keuntungan.
Antara kecaman dari netizen
“Tak kena dekat family sendiri lagi, tu yang kalut buat content,”
“@aisar_khaleed like seriously? Make it as content? Give some respect bro! Jenis asal semua boleh buat duit semua langgar. Takde common sense ke?”
“Tak penat ke bodohkan diri sendiri” ujar mereka
Bukan Pertama Kali Aisar khaled Dikecam
Sebelum ini Aisar sudah berapa kali dikecam oleh netizen dimana termasuklah sebelum ini dia dilaporkan memakai baju ketat ketika menerima vaksin.
Terdahulu, isu pembaziran gel penyejuk badan ‘Cool Fever’ , selain tidak mengimbas kod MySejahtera ketika menjamu selera di restoran turut menjadi tumpuan di media sosial.
Nota Terkini: Selepas menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen, Aisar akhirnya menurunkan video tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
SUMBER : Twitter Aisar Khaled