Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pandelela Rinong Trending Di Twitter! Ada Apa Ya?

Socmad Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

Di laman Twitter hari ini, nama Pandelela Rinong telah trending twitter Malaysia hari ini selepas berjaya menyelesaikan acara papan anjal 10 meter akhir wanita yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo.

Pandelela Rinong

Trending Twitter Malaysia Hari Ini

Meskipun tidak berjaya memenangi sebarang pingat, namun pencapaian Ratu terjun negara itu memasuki acara tersebut di peringkat akhir sudah cukup untuk membuatkan rakyat Malaysia berbangga dengannya. Berada di kedudukan ke-12, atlet negara itu memperolehi markah sebanyak 2245.85 mata setelah membuat lima terjunan.

Pandelela Rinong Kecundang!

Difahamkan, atlet ini kecundang berikutan terjunan pertama nya tidak berjaya membuat dengan baik sekaligus hanya memperoleh 18.00 markah sahaja dari barisan juri. Bagaimanapun, pusingan seterusnya Pandelela Rinong bangkit dengan melakukan terjunan yang lebih baik.

Rata-rata pengguna laman Twitter mengucapkan tahniah di atas pencapaiannya dan turut berterima kasih kerana membawa nama Malaysia di pentas dunia. Malah ada diantaranya telah mengimbas kembali kejayaan anak jati Sarawak ini yang memenangi pingat emas di FINA Diving World Cup 2021.

Pencapaian Pandelela Rinong

Untuk rekod, sepanjang penyertaan Pandelela dalam sukan Olimpik, pencapaian Pandelela Rinong telah membawa pulang dua pingat buat Malaysia termasuklah gangsa di Sukan Olimpik London 2012 dan pingat perak di Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016.

pandelala 1650245 20210505221334

Dalam acara akhir papan anjal kategori 10 meter wanita yang disertainya itu menyaksikan dua orang atlet negara China iaitu Quan Hong Chan dan Yuxi Chen masing-masing berjaya memperolehi pingat emas dan perak. Manakala pingat gangsa diperolehi atlet dari Amerika Syarikat, Delaney Schnell.

Sumber: Twitter