Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Blogger review wine halal

Kecoh Bila Blogger Buat Ulasan Mengenai Wine Halal!

Socmad Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

Blogger Melayu Buat Ulasan

Industri blogger hangat memperkatakan mengenai sesetengah blogger yang sedang giat membuat promosi sebuah produk minuman berasaskan wine.

Namun, yang menjadi persoalan kini adalah wine tersebut telah dinyatakan sebagai wine halal sekaligus mencetuskan perdebatan dikalangan kelompok blogger kerana antara mereka yang membuat ulasan tersebut terdiri daripada blogger-blogger Melayu.

a0004883 main

Menjadi pertikaian tersebut adalah mengenai hukum orang Islam meminum wine kerana khuatir ia menjadi haram mahupun syubhah biarpun telah dinyatakan sebagai wine halal. 

Malah, ia juga telah dipromosikan secara meluas di media sosial apabila menggunakan medium blogger dan sosial media.

Menerusi carian Femes Malaysia, produk wine tersebut tidak mengandungi sebarang alkohol dan disahkan sebagai wine halal. 

Malah, ia turut mengandungi pelbagai khasiat lain seperti mampu mengurangkan berat badan, mengurangkan risiko kanser, anti-penuaan dan banyak lagi.

Kami turut mendapatkan beberapa pandangan blogger dan pengamal industri yang lain. 

Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri tentang isu wine halal tersebut.

“Haram terus.. let say kita cakap kita minum arak walhal kita minum air masak tapi hukumnya sama haram macam minum arak”

“Memang ada wine halal semua. Dia bukan jenis 0% alcohol macam bir dan memang tiada alkohol. Dia lebih kepada sparkling” ujar mereka

Tapau tenaga
Sponsored

Kenyataan Fatwa

GettyImages 160836693.0

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan Isu Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut :

  • Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis

 

  • Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

 

  • Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

 

  • Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

 

  • Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan/diminum.

 

  • Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

 

  • Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Bagaimana pula dengan status minuman bukan arak yang menyerupai arak? Umat Islam dilarang oleh Rasulullah SAW menyerupai golongan kafir dalam hal yang merupakan amalan dan tradisi dalam agama mereka. Jadi, umat Islam dilarang sama sekali meniru walaupun sekadar gaya perbuatan mereka yang meminum arak.

Elakkan Kalau Boleh!

edit lifestyle group landscape wine 1

Demikian juga yang disebut oleh al-Rahibani dalam Mazhab Hanbali bahawa diharamkan menyerupai golongan peminum arak, bahkan ditakzir pelakunya walaupun minuman itu sendiri halal. Sama juga dengan status minuman tidak beralkohol yang dikeluarkan oleh syarikat arak. Ini kerana, selain daripada syarikat yang mengeluarkannya adalah syarikat arak, ia dipakejkan dalam bentuk botol arak dan mempamerkan jenama arak.

Dalam pada itu, Majlis Agama juga berpendapat :

  • Bekas minuman halal yang menyerupai bekas minuman arak akan mendatangkan kekeliruan sehingga dikhuatiri umat Islam akan terjebak meminum arak dengan sangkaan ia bukan arak;

  • Minuman halal yang diletakkan dalam bekas minuman arak berkemungkinan besar bertujuan sebagai strategi pemasaran untuk mempromosikan arak yang sebenar, melanggan minuman tersebut secara tidak langsung menyebabkan umat Islam terjebak dalam bersubahat menggalakkan industri arak;

  • Pihak yang sengaja mengeluarkan produk minuman menyerupai bekas arak atau wine halal, semestinya mempunyai niat yang tidak baik, justeru sebagai seorang muslim wajib, mengelakkan diri daripada melanggan produk yang sedemikian.

Kami di Femes Malaysia tidak berniat untuk menyebelahi mana-mana pihak. Namun, kami percaya anda sebagai seorang blogger dan pengamal media pasti boleh nilaikan sesuatu produk terlebih dahulu sebelum berkongsi pada orang ramai mengenai isu wine halal ini.