Sebelum ini, hanya mereka yang mempunyai akaun Instagram dengan jumlah pengikut minimum sebanyak 10,000 dan akaun yang mendapat ‘verified’ sahaja mempunyai fungsi ‘swipe up Instagram’.
Instafamous Malaysia Mula Risau!
Untuk makluman, fungsi swipe up Instagram begitu penting buat para pengkarya (content creator), Instafamous, selebriti mahupun para peniaga di atas talian kerana fungsi ini membolehkan mereka meletakkan sesuatu pautan pada sticker Swipe Up sebelum pengikut mereka dibawa kepada laman yang dinginkan.
Bagaimanapun, baru-baru ini kelihatan beberapa orang Instafamous meluahkan rasa bimbang apabila akaun mereka telah dikemaskini oleh pihak Instagram yang memperlihatkan fungsi Swipe Up tidak lagi disertakan bersama. Menerusi carian Femes, bermula 30 Ogos 2021 pihak Instagram akan membuang fungsi Swipe Up secara berperingkat.
Diganti Dengan Link Stickers
Namun begitu, Instagram tidaklah terlalu kejam dengan membuang terus fungsi tersebut. Sebaliknya, ia digantikan dengan pelekat ‘links’. Fungsi tersebut hampir sama dengan Swipe Up, cuma kali ini pengguna hanya perlu menekan sticker link berbanding sebelum ini hanya swipe up. Difahamkan, kemudahan ini juga bakal diperolehi oleh semua pengguna Instagram tanpa mempunyai perbezaan jumlah pengikut.
Perkenal Fungsi Reshare
Selain itu, Instagram terlebih dahulu memperkenalkan fungsi Reshare yang kini boleh didapati di kebanyakan akaun pengguna. Fungsi Reshare merupakan penambahbaikan kepada fungsi kongsi sesebuah hantaran daripada feed terus ke Insta-story. Bagi fungsi Reshare, ia mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Kebaikannya mungkin ia lebih mudah kerana pengguna hanya perlu tekan sticker reshare dan mereka akan dibawa kepada halaman terakhir yang dilihat pada feed Instagram masing-masing.
Keburukannya pula, pengguna seperti terpaksa membuat kerja lebih kerana perlu membuka halaman Insta story, memilih paparan terdahulu dan baru dibolehkan menekan sticker reshare untuk berkongsi. Malah, bagi hantaran video feed pula, pengguna perlu menekan butang simpan terlebih dahulu sebelum membuka Instastory dan memilih butang reshare.
Akan tetapi, kami percaya kedua-dua fungsi ini masih di dalam proses penambahbaikan dan ujikaji selain akan mengambil kira maklum balas daripada para pengguna.