Berita gembira buat pencinta ayam goreng pedas dan pencinta menu kfc Malaysia, bermula hari ini dan untuk masa yang terhad KFC Malaysia telah memperkenalkan beberapa menu baharu kfc khas buat mereka yang gemarkan makanan yang berasaskan ayam goreng pedas.
Menu Baru KFC Ayam Goreng Pedas Sempena Sambutan Merdeka
Bersempena dengan bulan kemerdekaan, KFC Malaysia menyajikan menu Extra Hot & Spicy baharu yang membawa ayam goreng pedas KFC mereka berada pada tahap kepedasan yang lebih tinggi.
Menjanjikan lebih kepedasan & kerangupan daripada Hot & Spicy, Extra Hot & Spicy debut resipi rahsia formulasi mereka sesuai dengan ‘tagline’ nya pedas ngam-ngan, sedap kaw kaw.
Menu KFC Malaysia dan Harga
Ketulan ayam segar juga telah diperap dalam resipi perapan berempah baharu, kemudian turut disaluti dengan campuran tepung berempah baharu sekaligus memberikannya lebih kerangupan ayam goreng pedas ini di luar dan ‘juicy’ di dalam.
Perkenal KFC Kentang Goncang
Bukan itu sahaja, buat pertama kalinya KFC juga telah memperkenalkan KFC Kentang Goncang, sesuai dipadankan dengan Extra Hot & Spicy.
Ianya ditampilkan bersama paket perasa Hot & Spicy untuk ditabur kemudian digoncang bersama kentang kegemaran anda.
Menu Ayam KFC Spicy
Bagi menu terbaharu Ayam Extra Hot & Spicy, terdapat pilihan hidangan Kombo 2 ketul, 3ketul ayam, atau Box Meal; atau nikmatinya bersama kawan dan keluarga dengan memilih Kombo Bucket 6 ketul, kfc 9 ketul atau 12 ketul ayam goreng pedas yang turut tersedia bersama Kentang Goncang. Kentang Goncang juga boleh didapati secara a la carte buat anda yang ingin merasainya.
Harga KFC 2022
Lihat harga KFC 2022 terkini dan dapatkan segera di www.KFC.com.my atau aplikasi KFC Malaysia dengan memilih khidmat KFC Delivery, Self Collect, atau KFC Pandu Ambil.