Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita sebagai rakyat Malaysia bakal menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-64. Sama seperti tahun lalu, negara masih lagi berhadapan dengan situasi genting tatkala pandemik COVID-19 terus merebak sehingga mengakibatkan puluhan ribu rakyat dijangkiti wabak berkenaan.
Lebih mendukacitakan, kes kematian turut mencatat angka peningkatan hampir setiap hari. Namun, hari ini kita sedikit sebanyak bersyukur apabila ramai rakyat Malaysia mendapat vaksin sepenuhnya khususnya di negeri-negeri zon merah. Dengan capaian vaksin ini, kita mampu mencegah penularan wabak COVID-19 biarpun tidak sepenuhnya.
Dalam pada itu, biarpun dalam keadaan norma baharu, jangan dilupakan semangat patriotik yang harus dipupuk. Pujian harus diberikan buat pengusaha restoran dan jenama-jenama terkenal ini kerana mengambil inisiatif untuk mengadakan promosi makanan khas bersempena dengan hari Merdeka. Jangan lupa untuk dapatkan makanan kegemaran anda pada senarai yang kami kongsikan di bawah. Selamat Hari Merdeka Malaysiaku yang tercinta!
Senarai Promosi Makanan Merdeka 2021
1. Marrybrown
2. Coffee Bean
3. Dunkin’
4. Family Mart
5. Famous Amos
6. Gloria Jeans
7. Hokkaido Tart
8. J.CO
9. KFC
10. Kyochon
11. Mykori
12. Secret Recipe
13. Baskin Robbins
14. Texas Chicken