Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kopi Segera Terbaik

5 Kopi Segera Terbaik Untuk Percutian Anda

Socmad Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

Kopi boleh diibarat sebagai “minyak pelincir” bagi sesetengah orang untuk memulakan hari.

Tambahan sekarang adanya pek kopi segera terbaik yang merupakan sumber kafein utama yang senang dan mudah didapati. Secawan kopi bukan sahaja dapat membantu kita mengekalkan tenaga malah membuatkan minda kita lebih fokus.

Kopi juga dapat menjadikan emosi kita lebih baik dan mengurangkan simptom kemurungan. Dan ini yang kita sangat-sangat perlukan untuk kekal gembira ketika kita bercuti, orang selalu cakap tak nak rosakkan mood bercuti.

Tapi, pernahkah anda alami situasi bila melancong atau keluar berjalan-jalan susah nak dapatkan minuman kopi yang sedap dan senang dibuat?

Terutamanya apabila anda pergi berkelah di tepi pantai, bercamping dan juga dalam perjalanan ke tempat percutian. Tidak lupa juga ketika berada di bilik hotel mahupun homestay.

5 Kopi Segera Terbaik Untuk Percutian Anda

Disini kami akan senaraikan kopi segera terbaik yang anda wajib bawa ketika bercuti bagi menjadikan percutian anda lebih manis.

1- NESCAFÉ GOLD Iced Cappuccino

nescafe gold iced cappuccino thumbnail desktop
NESCAFÉ GOLD Iced Cappuccino

Nikmati cappucino ais sama seperti di kedai pada bila-bila masa dan di mana jua. Cappuccino Ais NESCAFÉ GOLD lazat dan mudah disediakan.

Kopi segera terbaik ini sangat sesuai diminum sama ada dipermulaan hari anda mahupun ketika anda sedang menikmati rehat tengah hari. 

Satu sachet Cappuccino Ais NESCAFÉ GOLD dibuat mengikut resipi yang direka oleh pakar, termasuk bahan-bahan seperti kopi berkualiti tinggi, gula dan susu segar.

Setiap cawan mempunyai buih baldu dan rasa yang lazat yang akan membawa coffee break anda ke peringkat seterusnya. 

Tidak kira di mana anda berada, mudah untuk disediakan dengan hanya menambah air sejuk ke dalam 1 sachet NESCAFÉ GOLD Iced Cappuccino, kacau dan nikmatinya.

2- Starbucks Sweetener Ice Coffee

starbucks iced coffee malaysia
Starbucks Sweetener Ice Coffee

Diperbuat hanya dengan biji kopi arabika berkualiti tinggi Starbucks Sweetener Ice Coffee ialah kopi ais manis yang menyegarkan dan adunan kopi ais manis yang sedap.

Dihasilkan untuk dibancuh dengan air sejuk dan dimaniskan sedikit dengan gula tebu.

Hanya koyakkan 1 sachet Starbucks Sweetener Ice Coffee, masukkan air sejuk, tunggu 10 saat dan kacau. 

Nikmati kopi segera terbaik ini pada bila-bila masa, di mana sahaja—dalam sekelip mata.

3- Summa Café Ice Americano

Ice Americano Summa Café
Summa Café Ice Americano

SEGERA NAMUN LUAR BIASA

Ia bermula dengan biji kopi bermutu tinggi yang ditanam di Tanah Tinggi Chiapas, Mexico dan diakhiri dengan panggang sederhana. 

SUMMA Café adalah kopi segera terbaik buatan tangan yang direka untuk menjadi lebih sihat, dengan aroma, rasa, intensiti dan karakter yang sangat mewah yang dapat menyaingi kopi drip premium. 

SUMMA Coffee tiada gula dan tiada kremer memberikan rasa kekacang dan manis semulajadi dalam setiap hirupan.

4- Summa Café Mountain Green Arabica & Green Bean Organic Coffee

Mountain Green Arabica & Green Bean Organic Coffee
Summa Café Mountain Green Arabica & Green Bean Organic Coffee

SEGERA HANYA PADA PERMULAAN

Diformulasikan dengan teliti untuk larut dengan sempurna dalam air panas atau sejuk. 

Summa Cafe didatangkan dalam sachet yang mudah dibawah ke mana-mana terutamanya ketika melancong, berkelah dan bercamping.

Summa tidak memerlukan mesin kopi mahupun pengisar, koyakkan 1 sachet SUMMA coffee ke dalam 150 ke 200 ml air/susu/susu oat sejuk mahupun panas, kacau. Kopi segera terbaik ini sedia untuk dinikmati di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Senang kan?

UnaCoffee

UnaCoffee
UnaCoffee

UnaCoffee merupakan produk yang dihasilkan berdasarkan kajian pensyarah Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam. 

UnaCoffee mengandungi protien yang tinggi dan dilengkapi dengan vitamin B kompleks yang dapat memberikan tenaga, kesegaran serta meningkatkan daya fokus dan alertness.

UnaCoffee
UnaCoffee

Gula yang terdapat dalam UnaCoffee adalah gula nano bagi menggantikan sebahagian kandungan gula. 

Ia adalah sejenis Pemanis Gantian Asli yang diproses secara nano teknologi. 

Walaupun UnaCoffee manis, namun tidak mengandungi kalori serta mempunyai glisemik indeks kosong menjadikan ia antara kopi segera terbaik. 

Hanya tambahkan 3/4 air sejuk ke dalam botol dan goncangkan sehingga semua serbuk larut. Sedia untuk diminum.

3Commas Coffee

3Commas Coffee
3Commas Coffee

3Commas Coffee merupakan Kopi Kapsul yang Tidak Memerlukan Mesin. Bayangkan betapa mudah terutamanya pada hari-hari kita melancong dengan adanya 3Commas Coffee.

3Commas Coffee ialah kapsul serbuk kopi pra-kisar, lebih tepat lagi, produk ini lebih cenderung kepada konsep kopi segera. 

Oleh itu, tiada mesin diperlukan dalam membuat secawan kopi. 

Kopi yang dikisar dibancuh dengan kaedah titisan sejuk dan diikuti dengan peringkat pemprosesan -40°C untuk memastikan pengekalan aroma dan rasa yang maksimum.

Macam mana nak menikmatinya? Koyakkan penutup kapsul dan tuangkan ke dalam 250ml air dalam sebarang suhu, akhir sekali, kacau dan nikmati! Bukankah itu mudah?