Tips dan Panduan Kewangan Untuk Tahun Baru Anda
Sekarang dah hampir penghujung tahun 2023, jom kita fikir balik pasal duit kita.
Ada baiknya juga kita tetapkan matlamat kewangan baru untuk tahun depan.
Mempunyai tabiat baik dalam menguruskan duit ni macam ada baju besi perlindungan atau shield untuk kewangan kita.
Kita kena tahu berbelanja dengan bijak tanpa berlebihan sampai kewangan jadi berterabur.
Cara paling mudah adalah kita rewind sikit dan tengok di mana duit kita mengalir tahun ni.
Ada belanja tak dijangka yang muncul? Itu boleh jadi titik permulaan yang bagus untuk merancang bajet tahun depan.
Acara sambutan serta perayaan?
Itu memang masa di mana duit kita akan jalan macam air, laju.
Untuk pesanan ringkas: fikir, dan belanja dengan bijak.
Krisis Kewangan Pada Tahun 2024
2023 mungkin kita terlepas dari krisis kewangan, disebabkan ekonomi tak merudum seperti yang ramai jangkakan.
Tapi itu tak bermakna kita perlu leka untuk 2024. Bersedialah secukupnya, terutama dari segi kewangan kerana ada kemungkinan kita bakal hadapi naik turun dalam urusan kewangan.
Pakar-pakar dari JP Morgan menyebut tentang pasaran saham yang mungkin lebih mencabar disebabkan oleh pertumbuhan pendapatan yang agak slow serta beberapa masalah global.
Laporan dari Bank Dunia pula memberitahu yang beberapa ekonomi membangun mungkin akan terkesan disebabkan kadar faedah yang tinggi.
Tapi jangan panik dulu.
Apa yang kita boleh buat? Jom, masa untuk faham betul-betul pasal duit dan kewangan kita.
Nasihat Krisis Kewangan Malaysia Dari Pakar
Apa nasihat dari pakar-pakar? Mereka memang galakkan kita untuk buat bajet yang kukuh dan tetapkan matlamat kewangan untuk tahun baru.
Jangan lupa bahagikan pendapatan kita – barang dapur, kos pengangkutan, sewa rumah, dan simpan sekurang-kurangnya tiga bulan gaji untuk kecemasan.
Satu lagi tips penting: bahagikan belanja kita untuk pelbagai perkara – duit bercuti, hadiah, belanja diri sendiri, dan juga bayar hutang.
Gunakan akaun berbeza atau digital wallet untuk elakkan dari belanja secara tiba-tiba.
Menabung VS Pelaburan. Mana Pilihan Anda?
Menabung memang bagus, tapi pelaburan lagi best! Macam tanam benih untuk taman duit kita.
Masa untuk kaji pasaran saham global, bon, komoditi, dan hartanah sebelum buat keputusan bijak dalam pelaburan.
Tapi jangan lupa, dalam dunia kewangan yang berliku-liku ni, kita kena hati-hati dengan penipuan dan ancaman siber.
Kalau ragu-ragu, cari nasihat pakar.
Boleh dapatkan khidmat Penasihat Kewangan berlesen, supaya kita tidak tersilap langkah dalam membuat keputusan.
Tips Menangani Hutang
Pasal hutang, selesaikan hutang yang % tinggi – kad kredit, pinjaman peribadi, termasuk hutang belajar.
Kita juga kena peka bahawa kos kesihatan semakin naik, selari dengan jangka hayat manusia secara global yang semakin panjang.
Maka, insurans dan takaful kesihatan merupakan tools yang sangat penting untuk lindung diri dan kewangan kita.
Pantauan Perbelanjaan Bulanan
Jangan lupa pantau perbelanjaan bulanan, kos harian, dan belanja tak terduga untuk pastikan kita tahu samada keadaan kewangan kita baik atau tidak setiap bulan.
Berbelanja di waktu jualan memang jimat, tapi elakkan beli benda ikut nafsu.
Azam Kewangan Tahun 2024
Tahun baru, azam baru, kan?
Memang seronok membuat azam tapi yang paling penting, kita kena ikut perkembangan kita sendiri.
Untuk cukai pula, memahami konteks pengecualian cukai tu sangat penting.
Tapi ingat, jangan teruja sangat beli benda cuma nak dapat diskaun cukai. Itu tak bagus untuk kewangan kita.
Kesimpulan
Jadi, kesimpulannya, untuk meredah 2024 dalam dunia kewangan, kita kena relax tapi fokus.
Kena pandai buat bajet, bijak dalam pelaburan, kawal hutang, faham tentang cukai, sambil menuju kestabilan kewangan.
Untuk mendapatkan khidmat konsultansi Penasihat Kewangan:
Website: www.shuhaimierazak.com
FB: https://www.facebook.com/ShuhaimieRazakOfficial
Untuk konsultansi awal secara percuma, hubungi: 01163217990