Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan Rock Malaysia

5 Sebab Kenapa Kumpulan Rock Malaysia Selalu Berpecah

Socmad Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

kumpulan rock 80an

Kisah Kejatuhan Kumpulan Rock 80an

Tahun 1990-an. Zaman kejatuhan kumpulan rock Malaysia. Search bertukar vokalis. Amy buat album solo. Wings pun bertukar vokalis. Awie buat album solo juga. Masalah yang melanda XPDC pula lebih rumit apabila vokalis asal meninggalkan XPDC lantas menubuhkan band lain. Namun dalam kejatuhan ini, ada rahmat tuhan yang tersembunyi. Ada perkara yang tidak mungkin berlaku jika kejatuhan ini tidak terjadi.

Vokalis Kumpulan Rockers Mula Bergerak Solo

Musgemilang

Vokalis band-band rock sedar mereka boleh bergerak solo. Nash, Rahmat, Bagio, Saleem, Yantzen, Awie, Amy, dan banyak lagi. Ada juga yang jadi pelakon. Satu aspek bakat yang mereka sendiri tak tahu mereka ada.

Peminat Irama Rock Mula Beralih Arah

9

Para peminat muzik rock yang enggan menerima penurunan genre rock dalam arus perdana mula mencari-cari bahan-bahan underground dan seterusnya mempopular band underground seperti FTG, Sil Khannaz, Cromok, dan Butterfingers.

Wajah Peminat Setia Irama Rock Melayu

Rock Concert

Kita dapat tahu wajah sebenar peminat muzik rock. Bagi peminat muzik rock, mereka sangat supportive tentang band. Anggota keluar masuk, anggota silih berganti, mereka tetap support band tu. Untuk peminat rock, “tiada individu yang lebih penting daripada kumpulan”.

Wings ganti vokalis, tetap sokong. Search ganti vokalis, masih sokong. Cromok tukar gitaris, takde masalah, tetap sokong. Begitu juga dengan band-band lain seperti XPDC, May, dan FTG. FTG tu tukar konsep dan bahasa terus. Bukan sekadar tukar vokalis. Sokongan tak pernah bertukar. Beli album dan pergi konsert macam biasa. Buktinya, konsert XPDC Raksasa tu tiket sold out. 

Walaupun pada masa itu kemelut Mael dan XPDC masih lagi belum reda sepenuhnya.

Ada dalam kalangan peminat yang tak suka dengan Ali. Tapi general fans ni okey je sebab faham nature sesebuah band memang begitu. Siapa pun yang datang dan pergi, selagi bawa nama band tu, ia tidak menjadi isu. Nampak kan peminat rock ni professional?

Perubahan Arah Muzik Kumpulan Rock Malaysia

Pertukaran anggota dalam band juga membolehkan potensi anggota lain lebih menyerlah. Wings contohnya. Bulan lalu, aku mereset mindset aku yang telah sesat jauh ke dunia muzik EDM kerana menghadiri konsert Alan Walker.

Selama sebulan aku duk dengar semula muzik rock dan band paling banyak aku dengar ialah dari Wings. Semua studio album Wings dari Belenggu Irama hinggalah Naga Keramat aku dengar ulang-ulang.

Aku anggap album kelima Wings iaitu Bazooka Penaka sebagai satu fasa transisi Joe sebab bunyinya memang lari dari 4 album pertama Wings. 

Selepas Awie keluar dari Wings, Joe seolah-olah jadi tulang belakang dan paling dominan dalam mencorakkan hala tuju muzik Wings.

Album Orang Asing, Joe dah mula main secara santai. Dah kurang ballad meliuk lintuk macam zaman rock kapak. Mus masuk Wings, lagi la sedap Joe ubah cara main untuk disesuaikan dengan note suara Mus. Banyak lagu ala-ala Lena Diulit Intan dibuat. Contohnya Lupakanlah, Biru Mata Hitamku, dan Hati Sulam Lain.

Konsep genre lagu santai ini Mus bawak masuk ke May melalui album Sinar.

Cubalah dengar lagu Man Pen Rai. Lagu yang berentak keras pula lebih agresif. Enigma, Keris Tak Bersarung, Sakit Bantal Empuk, dan Blues Ular Sawa kedengaran betul-betul agresif. Permainan gitar yang sangat ketat, likat, dan padat yang tak pernah disaksikan semasa Wings bersama Awie. Corak begini juga kelihatan jelas dalam XPDC.

Gitar Izo saat Darjah Satu tidak sama dengan gitar Izo dalam album Samurai V6.

Tak perlu ulas panjang, boleh dengar sendiri.

maxresdefault

Menjadi pemuzik ni bagi sesetengah orang, dilihat sebagai satu kerjaya professional.

Menukar band ni sama macam tukar-tukar company. Dalam tukar menukar tu, ada ilmu di tempat lama boleh dibawa ke tempat baru.

Kita tengok Hillary Ang yang join Cromok dari tahun 1999 hingga 2004. Ada benda yang dia bawa dari Cromok tu masuk ke dalam Search bila dia join semula Search untuk album Gothik Malam Edan pada 2006. Cuba dengar lagu Nyata dan Maya. Selepas tu cuba dengar lagu Dying To Live dari Cromok.

Kedua-dua lagu tu Hillary yang main gitar. Akan perasan ada persamaan yang ketara. Nak lagi senang, dengar album Untitled dan Gothik Malam Edan back to back. Lagi la boleh perasan. Point aku, arah muzik Search dalam album tu sangat banyak dipengaruhi pengalaman Hillary Ang sewaktu bersama Cromok.

Kumpulan Rock Malaysia Mula Ber Eksperimentasi

Itu mukaddimah sahaja. Sebenarnya aku nak cakap benda lain.

Bulan lepas, ada tengok satu trend di internet iaitu trend “pinjam seratus” iaitu parodi lagu Nurnilam Sari. Dari situlah aku terfikir nak tulis benda ni sebab lagu Nurnilam Sari tu keluar pada tahun 1998.

Masa tu Awie yang jadi vokalis Search dalam album Bikin Wilayah. Tapi diorang letak “Awie & Search”. Bukan Search saja. 

Ada sebabnya tapi panjang pulak kalau tulis. Masa tu aku terfikir, rock zaman 90-an ni boleh tahan power juga sebenarnya sebab band-band rock ni start berfikir di luar kotak dan mencuba benda baru. 

Mereka ber eksperimentasi. Mereka buat macam-macam untuk pastikan irama rock terus hidup tanpa menggadaikan prinsip rock mereka. Mereka terpaksa bersaing dengan genre rock leleh dan nasyid yang menguasai radio ketika itu. 

Itu satu hal. Nak kena bersaing dengan Siti Nurhaliza yang tengah phenomenal pulak satu hal. 

Syarikat Rakaman Mula Cari Band Project

Syarikat rakaman juga terkesan dari situasi itu. Mereka pun buat band-band project. 

Contohnya EMI Malaysia yang cari bakat rock baru. Diorang jumpa 4 band iaitu Mantera, Amuk, Kristal, dan Jinbara (asalnya Tropika). 

Mereka keluarkan modal, dan mencari sessionist, selepas tu jual album. 

Yang paling berjaya ialah Amuk. Tiap tahun release album. EMI buat benda begitu sebab mereka yakin dengan kemampuan genre rock. 

Tapi sayang, bukan semua syarikat rakaman sama macam EMI. Syarikat rakaman lain lebih selesa untuk playsafe dan ikut trend semasa saja.

Okeylah. Malas dah tulis. Panjang sangat dah.

Aku ingin berkongsi 4 album yang aku sangat suka, yang dikeluarkan selepas kejatuhan muzik rock pada tahun 1990-an dahulu. 

  1. May – Sinar
  2. FTG – Aku Tak Peduli 
  3. XPDC – Brutal 
  4. Search – Gothik Malam Edan
 

Nota kaki : Eddie Wings ialah bassist paling underrated kat Malaysia ni. Main dalam album sedap, main live sedap. Siap jadi backup singer lagi. Bunyi bass seketul-seketul boleh dengar.

Nukilan penulisan oleh Tuan Mohd Zailee.

Penulisan ini Admin ambil dari post beliau di sini.