Rumah merupakan satu matlamat yang diidamkan oleh semua orang tidak mengira agama atau bangsa. Namun, zaman sekarang merupakan zaman yang sangat mencabar untuk anda memperolehi rumah idaman anda.
Konsep Deko Dapur
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan anda tidak boleh kecapi rumah idaman anda terutama sekali faktor wang. Anda tidak mampu untuk membeli rumah banglo sekiranya pendapatan bulanan anda hanya mencecah RM52000 sebulan.
Namun, tidak semestinya anda tidak boleh menghias dalaman rumah menjadi seperti apa yang anda idamkan. Antara hiasan dalaman rumah yang anda perlu fikir ialah hiasan bilik, ruang tamu, bilik air, serta dapur rumah.
Apabila kita berbincang berkenaan deko dapur, ianya akan dipengaruhi dengan saiz dapur tersebut. Ianya bukanlah satu alasan untuk tidak boleh memiliki dapur idaman anda. Jom kita ketahui 5 konsep deko dapur 2023 paling popular.
1. Konsep Dapur Minimalis
Pernahkah anda mendengar istilah ‘sedikit tetapi lebih dari cukup’ (less is more)? Inilah istilah yang selalu diguna pakai oleh penggemar konsep dapur minimalis kerana konsepnya yang menggunakan ruang yang kecil.
Walaupun ruangan dapurnya kecil, tetapi setiap ruang yang ada di dalamnya akan dimanfaatkan. Selain itu, kerusi yang perlu digunakan mestilah bersifat minimalis, iaitu menjimatkan ruang dapur anda.
Anda juga perlu memasang banyak kabinet supaya anda boleh simpan pelbagai barang dapur. Bagi bahan dapur, anda boleh membeli bahan-bahan yang mempunyai ciri stainless steel.
2. Dekorasi Dapur Moden
Apabila zaman semakin menjadi moden, kebanyakan orang juga tidak lagi menggemari deko dapur ala vintage. Sebaliknya, mereka lebih menggemari konsep dapur moden dan kontemporari yang sangat fleksibel.
Antara ciri utama yang terdapat dalam konsep hiasan dapur moden ialah ianya memfokuskan karakter yang nampak ringkas serta bersahaja. Kekemasan merupakan aspek utama bagi konsep ini, serta mempunyai 2-3 tema warna sahaja.
Deko dapur moden selalunya menggunakan permukaan yang berkilat, ringkas, tidak mempunyai sebarang ukiran, serta menggunakan laci dapur tanpa sebarang pemegang.
Namun, ciri utama yang harus ada dalam konsep dapur moden mestilah mempunyai peralatan teknologi yang canggih serta amat praktikal untuk digunakan dalam kehidupan harian anda.
3. Deko Ruang Dapur Mini Bar
Konsep mini bar merupakan konsep dapur yang semakin menjadi pilihan para pemilik rumah di Malaysia. Deko ruang dapur yang bertemakan bar seperti di kedai arak atau kelab menjadi pilihan pemilik rumah kerana ia menjimatkan ruang.
Antara reka bentuk yang selalu digunakan ialah dengan menggabungkan mini bar bersama kitchen island. Namun, posisi permukaannya dibuat lebih tinggi dari kebiasaannya.
Anda boleh pilih sama ada ingin membuat dapur mini bar menggunakan konsep reka bentuk moden atau reka bentuk vintage. Dapur ini sangat sesuai untuk anda menikmati sarapan pagi bersama keluarga sebelum bekerja.
4. Konsep Dapur Industri
Konsep dapur industri seringkali menjadi pilihan pemilik rumah yang menyukai sifat maskulin serta kontemporari. Ciri dapur industri akan menggunakan banyak bahan besi stainless steel serta menggunakan lampu mentol yang besar.
Selain itu, dapur industrial juga akan menggunakan dinding yang terbuka di mana tiada sebarang cat yang akan digunakan di ruangan tersebut. Sebaliknya, dinding tersebut akan menggunakan batu bata oren.
5. Konsep Dapur Terbuka
Konsep deko dapur ini menjadi antara perhatian utama para-para pemilik rumah di antara 5 jenis dapur yang telah disebut di atas. Deko dapur ini seringkali menjadi pilihan kerana cirinya yang mempunyai ruang yang luas.
Bagaimanakah jenis dapur ini boleh mempunyai ruangan yang luas? Ia kerana seksyen dapur ini tidak dipisahkan dengan sebarang dinding yang membuatkan kawasan dapur anda menjadi semakin luas.
Ibu bapa yang mempunyai lebih daripada 3-4 orang anak disarankan untuk menggunakan konsep dapur ini sebagai pilihan mereka. Selain itu, si ibu boleh berkomunisasi dengan anak-anak mereka ketika dia sedang memasak.
Demikian merupakan 5 konsep deko dapur 2023 paling popular. Apabila anda sudah membeli rumah, anda perlu lihat terlebih dahulu sama ada ruang dapur anda luas atau sempit, barulah anda buat pilihan yang anda inginkan.
Setiap jenis dapur di atas mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Sekiranya anda masih buntu untuk membuat pilihan, anda boleh mendapatkan nasihat dari profesional untuk mereka dapur idaman anda dengan hubungi kami atau Whatsapp kami.