Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
senaman pernafasan

7 Teknik Senaman Pernafasan Yang Anda Boleh Buat Setiap Hari

Socmad Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

Saya nak cerita sikit berkenaan senaman pernafasan dan sedikit teknik yang betul. Penting sangat ke senaman untuk paru paru ni? senang je nak buat, dari sekolah belajar dalam kelas PJK sampai la sekarang masih ingat lagi. Tarik nafas hembus nafas sambil angkat tangan tinggi ke langit.

11 tahun pengalaman dalam bidang Fisioterapi ni. Perkara asas atau protokol pertama saya akan lakukan sebelum memulakan rawatan atau senaman pada pesakit adalah dengan melihat cara mereka bernafas. Ya, cara mereka bernafas. Bukan minta mereka tarik dan hembus nafas semata mata. Kerana ini penting untuk membantu proses rawatan juga senaman.

Teknik Pernafasan yang Betul iaitu Senaman Pernafasan Secara Sit Up

Teknik Pernafasan Secara Sit Up

Teknik senaman pernafasan yang betul boleh membantu pergerakkan badan selain dari perpindahan oksigen ke seluruh badan kita. Saya bagi contoh, anda boleh cuba sendiri senaman dengan teknik pernafasan yang betul ni dan cuba banding kan.

  1. Sit-up dengan tarik nafas.
  2. Sit-up dengan menahan nafas.
  3. Sit-up dengan hembus nafas.

Anda boleh rasa perbezaan pergerakan tu kan. Saya pilih nombor 3. Tenik ini membantu badan kita bergerak dengan mudah dan dapat sokongan yang baik juga mengurangkan stress pada lower back kita. Biasa saya lihat mereka yang buat sit-up akan menahan nafas, Muka pun jadi merah je.
Sewaktu kita kecil, kita sudah pun mengunakan teknik senaman pernafasan ini. Semakin kita membesar, kita akan lupa atau ilmu tak sampai pada kita untuk dipraktik kan.

Gunakan Sepenuhnya Isipadu Paru Paru

Gunakan Sepenuhnya Isipadu Paru Paru

Seperti kita tahu, setiap manusia normal mempunyai sepasang paru paru kiri dan kanan. Dewasa mempunyai isipadu 5 ke 6 liter paru paru bergantung pada saiz badan. Adakah anda Menggunakan sepenuh nya isipadu paru paru yang dikurniakan tu? Saya nak share tips teknik senaman pernafasan yang betul dan macam mana nak guna isipadu penuh paru paru kita, ikot step bawah ni.

  1. Tarik nafas melalui hidung dengan kembangkan perut anda.
  2. Hembus nafas keluar dari mulut seperti meniup lilin. (Bibir terbuka sedikit) perut anda akan mengempis.
  3. Ulang langkah (1) dengan kembang kan dada anda selepas perut terasa penuh dengan udara.
  4. Ulang langkah (2) dengan dada mengempis diikuti dengan perut.

Anda boleh meletakkan tangan kanan didada dan tangan kiri di bahagian perut. Cara ni anda boleh rasa macam mana pergerakkan naik turun bahagian dada dan perut. Cuba try test dulu.

Macam mana? Boleh faham tak? Buat latihan ni setiap hari 5 reps sebelum dan bagun tidur. Atau sebelum dan selepas senaman anda. Lakukan dengan tenang, nanti ada yang pengsan pula. Teknik ini juga boleh digunakan bila anda rasa pening atau stress. InsyaAllah boleh membantu untuk ada rasa relax dan tenang. Amal juga sebelum tidur supaya badan dan sel sel kita dapat oksigen yang cukup untuk tidur yang berkualiti insyaAllah.

Senaman (Senaman Paru-Paru) Pernafasan Untuk Kardio

senaman pernafasan untuk kardio

Saya nak share Tip dan teknik senaman pernafasan tuk kardio. Apa pulak kali ni ya? Kardio biasa kita buat sebagai contoh joging, berlari, kayuh basikal, cross fit, jumping rope, bola sepak, badminton, tennis dan lain lain lagi.

Senaman kardio penting untuk tubuh, dengan melakukan senaman ini boleh meningkatkan tahap stamina anda. Bukan itu sahaja, membantu meningkatkan aliran darah ke selurah sel tubuh dengan oksigen yang diperlukan setiap sel. Tidak lupa paru paru kita yang memainkan peranan penting dengan pertukaran gas karbon dioksida dan oksigen keluar masuk dalam darah dan dipum oleh jantung.

Mari kita lihat mereka yang dijangkiti covid 19 tahap 3 hingga 5. Pada tahap ke 3 jangkitan, pesakit perlukan oksigen tambahan. Ini kerana paru paru sudah menunjukan keradangan dan mengganggu proses pertukaran oksigen ke dalam darah. Bagaimana pula dengan tahap 4 dan 5? Pesakit ditahap 4 covid 19 ni menunjukkan berlakunya kerosakan akibat jangkitan dalam paru paru di bahagian alveoli, dimana proses pertukaran gas karbon dioksida dan oksigen tidak berlaku. Kandungan oksigen dalam darah menurun bawah paras yang rendah. Pesakit ditahap 5 pula memerlukan bantuan pernafasan dengan masin ventilator, ini kerana paru paru ditahap ni sudah mula gagal berfungsi.

Tips Dan Teknik Untuk Tingkatkan Fungsi Paru Paru Dengan Senaman Untuk Paru Paru

Disini kita boleh lihat penting nya kesihatan dan penjagaan paru paru kita. Saya nak share tips dan teknik untuk tingkatkan fungsi paru paru kita. Sesiapa pun boleh guna teknik senaman untuk paru paru ni. Mereka yang mempunyai masalah sesak nafas akibat keradangan paru paru di galak kan untuk cuba.
Minggu lepas saya share tips teknik pernafasan step by step. Pastikan anda sudah faham teknik tu kerana sharing hari ni kita akan guna. Baik, follow step dibawah ya.

  1. Tarik nafas dalam dalam dengan tenang (3x)
  2. Tarik nafas dalam dalam dan tahan selama 4 saat.
  3. Round yang seterus nya tahan nafas 8 saat.
  4. Seterus nya tahan nafas 12 saat.
  5. Terus kan tahan nafas untuk 16 saat.
  6. Round yang last tahan nafas untuk 20 saat.

Lakukan teknik ni dengan berhati hati dan tidak gelojoh. Nanti ada yang pening nampak bintang pula. Laku kan teknik pernafasan ni setiap hari dipagi hari dengan udara yang segar. Teknik ni boleh juga digunakan sebagai warm up sebelum melakukan aktiviti senaman dan sukan. Anda kan dapat rasa perbezaan nya, ibarat enjin kereta lumba yang guna supercharge turbo.


Macam mana? Boleh follow tak? Saya harap anda boleh lakukan nya. Baik lah, selamat mencuba.

Eman_jai
Physiotherapist
Durra Active