Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perwarisan Perniagaan bisnes online

Perwarisan Perniagaan Boleh Membantu Bisnes Online

Socmad Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

Untuk pengetahuan anda, jika anda berhasrat nak mulakan bisnes online ini tidak semestinya memerlukan bajet yang besar.

 

Bisnes Online Paling Laku

bisnes onilne 01

Ramai orang ingatkan perlu ada kos yang besar, perlu ada website yang cantik. Tapi sebenarnya bukan itu yang menjadi keutamaan.

Sebenarnya, anda hanya perlu ada telefon, laptop atau komputer yang mempunyai capaian internet.

Anda juga boleh menjual sama ada menyediakan servis atau menjual produk. Produk ini tidak semestinya produk sendiri. Ianya boleh jadi produk orang yang sudah mendapat nama di pasaran. Jika anda ingin mengeluarkan produk sendiri, pastikan anda mempunyai budget yang cukup besar.

Kalau tiada budget, pakai produk orang pun tidak mengapa.

Dan satu perkara yang paling penting yang anda perlukan ialah idea. Dengan mempunyai idea, anda boleh mengenalpasti:

 

a. Lihat dan kaji perkara yang anda suka buat

Dengan ini, mudah untuk anda menjual kerana anda sudah mahir dan fasih apa yang anda suka buat.

 

b. Perkara yang sudah ada permintaan di pasaran

Ramai pembeli di luar sana lebih banyak meluangkan masa di rumah. Mengapa nak peningkan kepala menjual benda yang tiada permintaan. Kita jual perkara yang permintaan bagi memudahkan produk anda laris di pasaran.

 

c. Platform jualan

Terdapat banyak platform online percuma seperti e-commerce dan juga media sosial yang boleh anda pilih.

Contohnya, Avana, Shopee, Lazada, Facebook, Instagram dan lain-lain.

Jika anda membuat budget yang lebih sedikit, di cadangkan anda untuk membuat laman website anda sendiri dan mengambil servis dari mereka yang pakar dalam bidang SEO seperti tuan Ariffshah yang mahir berkaitan bidang SEO marketing.

 

 

Apa Itu Perwarisan Perniagaan

perwarisan perniagaan

Apabila insiden kematian berlaku kepada rakan kongsi sesuatu perniagaan yang memiliki saham di dalam syarikat, untuk pengetahuan pemilik saham syarikat, saham itu juga merupakan salah satu dari harta pusaka dan boleh & berhak dituntut oleh waris mereka mengikut hukum faraid.

Bagaimana pula jika waris-waris ini tiada ilmu dan mungkin tiada pengetahuan langsung tentang operasi perniagaan.

Keadaan ini akan menimbulkan banyak masalah dan perbalahan yang pada jangka panjangnya berpotensi menyebabkan syarikat ditutup atau terganggu operasinya.

90% rakan kongsi perniagaan ada sedikit kerisauan jika waris rakan kongsi yg tiada kepakaran masuk dlm business.

Pemegang saham tersebut boleh menghibahkan saham perniagaan mereka kepada sesiapa penerima hibah yang mereka kehendaki. Penerima hibah ini boleh terdiri dari anak yang dirancang akan berfungsi selaku pewaris perniagaan yang mungkin telah dipilih atau dilatih oleh pemegang saham.

Tindakan hibah ini akan menyebabkan saham perniagaan itu akan terkeluar dari harta pusaka dan hanya dimiliki oleh penerima hibah yang ditetapkan sekaligus mengelakkan risiko perbalahn pada masa hadapan.

Perwarisan Perniagaan bukan lah dengan hanya menyiapkan surat transfer share dan lantik peguam.

Pelbagai kos perlu usahawan faham dalam mentadbir dan mendapatkan surat kuasa di mahkamah.

 

 

 

Bagaimana Perwarisan Perniagaan Membantu Bisnes Online

perwarisan perniagaan 01

Tahukah anda, ramai Usahawan Bisnes Online mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil dari jualan online. Mereka ini tidak mempunyai kos yang besar dalam membangunkan perniagaan. Saya pernah berjumpa dengan salah seorang dari usahawan online, mereka tidak mengeluarkan kos yang besar.

Mereka hanya ada idea, produk dan menyewa sebuah rumah. Rumah ini mereka jadikan sebagai stor untuk menyimpan barang-barang jualan.

Kos untuk membayar gaji pekerja pun tidak begitu besar. Hanya memerlukan sekitar 1-3 orang sahaja untuk urusan pembungkusan produk.

Sebagai konsultan Pewarisan Perniagaan, biasanya kami akan berbincang bagaimana ingin mewariskan perniagaan ini kepada waris dengan cara yang paling mudah.

Jika overhead tidak terlampau tinggi, hanya perlu membuat beberapa dokumentasi bagi melancarkan perubahan nama rakan kongsi yang meninggal dunia.

Jika overhead tinggi, sedikit perancangan kewangan perlu di buat agar waris yang akan mengambil alih perniagaan boleh meneruskan perniagaan tanpa ada sebarang masalah.

Jika ada ramai rakan kongsi, perancangan lebih teliti perlu di buat. Sebagai contohnya adakah rakan kongsi yang lain bersetuju dan berminat berniaga bersama waris anda!

 

Kesan Jika Tidak Mengambil Perwarisan Perniagaan Dalam Bisnes Online

perwarisan perniagaan 02

Kesan utama jika tidak mengambil perwarisan perniagaan adalah syarikat yang di usahakan boleh terkubur begitu sahaja. Ianya tidak boleh di bangunkan semula. Paling teruk jika anda menjalankan syarikat menggunakan enterprise. Enterprise adalah sole prop yang mana jika owner meninggal dunia, syarikat enterprise sudah tidak boleh berguna lagi.

Keluarga perlu mendapatkan surat kuasa mentadbir dari Mahkamah sivil bagi meneruskan proses pencairan eset.

 

Apa Kelebihan Perwarisan Perniagaan

Kelebihan Perwarisan Perniagaan adalah ianya boleh di rancang lebih awal sebelum musibah kematian berlaku di kalangan usahawan yang Ber Bisnes Online. Proses perubahan nama rakan kongsi boleh di buat dan di rancang lebih awal.

 

Siapa Yang Memerlukan Perwarisan Perniagaan Dalam Bisnes Online

perwarisan perniagaan 03

Di Malaysia apabila ingin serius meniaga, anda perlu mendaftarkan perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau lebih di kenali dengan nama SSM.

Orang yang mempunyai syarikat seperti Enterprise, PLT, SDN BHD dan BERHAD perlu membuat perancangan Perwarisan Perniagaan.

 

Siapa Perwarisan Perniagaan

Perwarisan Perniagaan merupakan satu konsep dalam mewariskan perniagaan mengikut lunas undang-undang dan syariah. Ianya di bawa oleh Mohd Ibrahim Bin Abu Bakar yang merupakan seorang Islamic Financial Planner dan juga MR.

Beliau telah memenangi beberapa anugerah berkaitan sumbangan beliau di dalam dunia kewangan islam.

Hubungi beliau di +60 19-713 2127 untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang perwarisan perniagaan dalam bisnes online.