Belum pun sempat mendedahkan perihal sebenar kepada umum pada 21 Julai kelak, penyanyi Caprice terlebih dahulu menjadi sasaran netizen di laman Twitter.
Caprice Siap Menangis. Segalanya berpunca apabila pemilik nama sebenar Ariz Ramli ini bertindak memberi sedikit demi sedikit petunjuk mengenai pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew yang dikatakan telah membuatkan rakyat Gaza berkecil hati dengannya. Ia berikutan tular beberapa foto pendakwah itu mengambil gambar pemberiannya kepada seorang kanak-kanak hanya untuk tujuan publisiti.
Yang menjadi pertikaian serta menaikkan amarah netizen adalah kerana mereka mendakwa Caprice tidak menjaga sensitiviti dan perasaan keluarga Ebit yang baru sahaja kehilangan bapanya yang tercinta beberapa hari yang lalu. Malah, Caprice sendiri telah berjanji untuk mendedahkannya pada 21 Julai namun dengan petunjuk yang diberi sedikit sebanyak telah menjejaskan nama baik pendakwah tersebut.
Caprice Siap Menangis! Benarkah Dakwaannya Mengenai Ustaz Ebit Lew?
Turut dikatakan, Caprice bertindak sedemikian kerana kecewa dengan tindakan Ebit yang menyekat akaun Instagram nya (block) . Susula itu, pada malam Jumaat (16 Julai) pelakon Sharnaaz Ahmad telah bersama-sama dengan Caprice di Insta-live bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar mengenai apa yang berlaku.
Tegur Sharnaaz, isu tersebut seharusnya boleh diselesaikan secara baik namun Caprice telah bertindak sebaliknya sekaligus mencetuskan amarah orang ramai. Dalam pada itu,Caprice siap menangis kerana berasa kecewa dengan apa yang diketahuinya.
Meskipun, air mata jantan itu pertama kali dilihat oleh ramai netizen, namun pelbagai kecaman terus dilemparkan terhadap pelantun BAL itu. Segelintir daripada mereka pula meminta orang ramai untuk terus bersabar menantikan pendedahan sebenar yang akan dibuat oleh Caprice kelak.