Gardenia menerapkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia melalui Gardenia Breakthru Funwalk
KUALA LUMPUR – Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. hari ini menganjurkan Fun Walk sempena Hari Sukan Negara 2022. Gardenia Breakthru Funwalk dirasmikan oleh Yang Berusaha Mohd Azhari Bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), disaksikan oleh Ena Suhaila Abas, Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bersama duta jenama Gardenia Breakthru, Dato’ Azizul Awang. Acara Fun Walk yang diadakan itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna seluruh Semenanjung Malaysia.
“Sejak kita dibolehkan untuk mengadakan aktiviti sihat di luar, sokongan berterusan yang kami perolehi daripada rakyat Malaysia amat memberangsangkan. Usaha dan semangat itulah yang mengeratkan semua rakyat Malaysia. Keluarga Malaysia telah bersatu untuk berusaha ke arah negara yang lebih sihat,” kata Encik Mohd Azhari.
Selain daripada fun walk, acara dimeriahkan lagi dengan aktiviti senamrobik, Zumba, Jazzercise dan Tabata bagi mereka yang lebih gemar melakukan senaman tarian. Menurut Ena, matlamat utama acara itu adalah untuk menggalakkan peserta bergerak aktif bagi mengekalkan gaya hidup sihat tanpa mengira apa jua jenis aktiviti. Gardenia menyeru rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama memulakan gaya hidup sihat yang melibatkan aktiviti fizikal.
Gardenia Breakthru Funwalk bermula dengan senaman aerobik untuk memanaskan badan. Fun walk sepanjang dua kilometer itu kemudiannya bermula pada jam 8:30 pagi dengan dirasmikan oleh Encik Mohd Azhari, diiringi oleh Dato’ Azizul and Ena. Perjalanan tamat pada jam 10.00 pagi dan peserta berpeluang membawa pulang Roti Gardenia Breakthru secara percuma di garisan penamat. Bukan itu sahaja, jersi Gardenia Breakthru Fun walk dan beg khas Gardenia Breakthru juga telah diberikan sebaik sahaja peserta mendaftar. Keseronokan tidak berakhir di situ apabila sesi cabutan bertuah turut disertakan dalam agenda di mana peserta berpeluang memenangi hadiah menarik antaranya jam tangan Garmin Venu SQ, Air Fryer, sepasang tikar yoga dan sepuluh set beg saguhati ekslusif daripada Gardenia Breakthru.
“Memandangkan sambutan yang diperoleh untuk Gardenia Breakthru Funwalk tahun ini adalah di luar jangkaan, kami di Gardenia berharap dapat bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam merancang lebih banyak acara yang menarik untuk Hari Sukan Negara pada tahun-tahun akan datang. Ia juga selaras dengan usaha Gardenia untuk membentuk masyarakat yang lebih sihat demi masa depan negara yang lebih baik,” tambah Ena.
Gardenia Breakthru terdiri daripada 2 pilihan roti bijirin iaitu Roti Gandum Penuh dan Roti Mil Penuh dengan Gandum Ungu Kanada. Kedua-dua roti ini telah diiktiraf sebagai pilihan yang paling sihat dalam barisan roti Gardenia dan juga pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin menukar tabiat pemakanan mereka ke arah yang lebih baik. Siri Breakthru kaya dengan nilai nutrisinya yang dikenali sebagai 8CTIVE™. 8CTIVE™ terdiri daripada lapan ciri terbaik termasuk tinggi Vitamin E, tinggi Vitamin A, tiada kolesterol, sumber serat, rendah lemak, tinggi protein, tiada lemak trans dan akhir sekali, tinggi zat besi. Gardenia Breakthru padat dengan kebaikan nutrisi. Ia juga dibuat segar dan boleh didapati secara meluas untuk pembeli di seluruh Semenanjung Malaysia pada harga yang berpatutan.
Tentang Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL)
Gardenia KL ditubuhkan pada tahun 1986. Kini, ia merupakan pengeluar roti terkemuka di Asia Tenggara. Selama 35 tahun mengendalikan kedai roti di Malaysia, Gardenia telah mengeluarkan 56 jenis produk setiap hari termasuk pelbagai jenis roti, roti gulung, kek, wafel dan produk lain seperti sapuan dan mi kuning.